Monday, 7 December 2015

Rezeki dari Allah

Rezeki aku bukan sesiapa punya tapi Allah pinjamkan pada aku untuk aku guna didunia ini dan bersyukur untuk akhirat nanti. Tapi syaitan tak pernah putus untuk hampakan harapan aku pada kekasih aku, Allah. Ada kalanya aku tewas, aku menanyakan "kenapa" kepadaNya, Ya Allah.. malunya aku pada Engkau, Engkau telah berikan pada aku apa yang aku memerlukan bukan apa yang aku mahu, tapi alangkah tidak bersyukurnya aku atas pemberianMu. Aku ingat lagi kata kata mutiara, "jika mensyukuri sesuatu nikmat kurniaanNya, cukuplah apa yang diberikan kerna Kau sudah penuhi segala apa yang diperlukan.." 
Ya Allah, aku tahu, kadang kadang aku berlari padaMu tatkala Engkau datangkan ujian padaKu, betapa hipokritnya aku padaMu ya Allah! tapi terdetik di hati aku, Engkau datangkan ujian pada aku, untuk aku palingkan diri aku, jiwa aku pada Engkau..Ya Allah~~tapi apa yang berikan padaMu, tiada apa Ya Allah! kosong!
Ya Allah, aku tahu, kadang kadang aku menanyakan soalan yang aku tak tahu bagaimana mulut aku berani menanyakannya, "kenapa aku tidak diberikan rezeki lebih dari orang lain? kenapa dan kenapa?" 
Ya Allah, aku ingin menjadi seorang yang sentiasa bersyukur atas segala apa yang Kau kurniakan, tidak kisahlah ia besar mahupun sekecil kecil perkara, jadikan aku seorang yang sentiasa berkongsi agar aku turut merasai apa yang mereka rasai. Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui apakah jalan akan terbentang dihadapan aku kelak.. tapi apa pun jalan yang akan dibentang, sentiasa lihat aku Ya Allah, jangan sesekali tinggalkan aku kerana aku 'mati' tanpaMu. 
Ya Allah, jika aku mengungkit lagi tentang rezekiMu, sedarkan aku tentang perjalanan kekasihMu, Muhammad dan para sahabah. Apalah yang nak dibandingkan dengan Nabi dan para sahabah yang lebih melalui jalan payah dari aku..percayakan aku pada jaminan rezekiMu, tiada sesiapa yang akan mengambilnya dariMu kerna sudah termaktub rezekiMu itu untukku... rezeki masing masing, rezeki anak dan ibu bapanya lain..Engkau sudah sediakan segalanya


Ya Allah maafkan aku, jika diberi pena untuk menulis dosa aku padaMu, nescaya tidak cukup untuk tampungnya tetapi rahmat dan kasihMu mengatasi segalanya, oleh itu, aku akan sentiasa memohon ampun, sentiasa bertaubat padaMu walaupun aku tahu, esok, lusa, tulat dan hari hari berikutnya aku akan tewas dimedan nafsu.. bagaimana aku nak tafsirkan betapa cintanya aku padaMu, melebihi segalanya, aku tidak sabar bertemu denganMu walau aku tahu amalan tidak cukup untuk bertemu denganMu, betapa rindunya aku padaMu, rindu serindu rindunya! sentiasa sedarkan aku Ya Allah, bahawa, aku hidup aku mati hanya untukMu


Ya Allah, jadikan aku hamba yang bertaqwa dan bertawakal padaMu.. jadikan aku taat pada segala perintahMu.. jadikan aku hamba yang penyayang pada makhlukMu yang lain.. sabarkan aku terhadap ujianMu.. syukurkan aku atas dugaanMu, menandakan tumpuanMu pada aku.. malukan aku terhadap maksiat.. jadikan aku sentiasa bergantung padaMu.. paling penting, maafkan aku Ya Allah!









0 comments:

Post a Comment

komen korang ni macam vitamin aina..hukhuk
sila lah merajinkan jari korang tekan keyboard ekk?
ainaaa sayaaang lee korang niih kerna Allah~