![]() |
Syeikh Ahmad Yasin |
firstly,aina nak tanya kenal tak siapa yang hensem sangat niih? pandangan yang redup, muka yang kita mesti nak tertoleh toleh, hidung yang mancung..ni lah ayah aina yang no II..hihi..enggakla,bukan ayah aina je tapi ayah kepada palestina..pejuang yang amat terkenal dengan kentalan semangatnya, ketabahan dalam hidupnya dan 1001 lagi passion ngan desire yang kita pun tak leh nak comparekan..
Aina tak nak kenalkan secara detail pakwe aina niih..tapi aina lebih suka menceritakan tentang sifat ngan semangatnya yang cekal dalam memenangkan islam. Syeikh Yasin niih,pengasan kumpulan a.k.a ketua pejuang hamas dalam membebaskan palestina dari cengkaman rejim zionis!
Pakwe aina niih lumpuh satu badan, buta ngan pendengaran yang sudah tiada atas sebab sebab semasa beliau di zaman kanak kanak. Buta ngan pendengaran tuuh semasa pakwe aina nih dalam tahanan penjara..di siksa sampai begitu sekali!!
cuba korang hayati kisah niih...
![]() |
"senyumanmu dan gelak tawamu amat menenagkan jiwaku yang gundah.." |
Hanya 40 hari selepas kematian Sheikh Ahmed Yassin seorang
lagi pemimpin pejuang Hamas, Dr. Abdul Aziz Rantisi (kiri) mengikuti jejak mati
syahid dibedil roket rejim Yahudi seperti Sheikh Ahmed Yassin.
Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail
Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan
Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau
umpama pahlawan Islam silam.
Moga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah
dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa
yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan
mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu
tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)
Sheikh Ahmad Yassin syahid pada 22 Mac 2004, tarikh yang
tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin.
Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak
dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.
Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus
Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.
Tindakan Israel itu memang cukup kejam kerana pemimpin
Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh dan lemah. Pergerakannya hanya
menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran. Namun, pada
Israel beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim zionis itu dan perlu
dihapuskan dengan apa cara sekalipun.
Mengenang kembali peristiwa pembunuhan terkutuk itu, pasti
ada yang mengalir air mata. Bagaimanapun, siapakah yang lebih mengalirkan air
matanya setiap kali nama tokoh pejuang suci Islam ini disebut-sebut?
Sudah tentu mereka yang menyimpan kenangan sama-sama
berjuang dengan Sheikh Ahmed Yassin.
Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen yang juga
Ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) – bertindak sebagai Pihak Berkuasa
Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza – Dr.
Mohammed Shihab, 55.
Ketika ditemui Mega dalam kunjungannya ke Malaysia,
baru-baru ini, Kelihatan wajah yang sayu apabila Mohammed diajukan mengenai
hubungan dengan Sheikh Ahmed Yassin – pemimpin yang pengaruhnya sangat kuat
terhadap seluruh umat Islam sehingga kini.
Dr. Mohammed adalah antara yang paling awal direkrut dalam
satu gerakan jihad pertama, iaitu Hamas yang ditubuhkan oleh Sheikh Ahmed
Yassin di Palestin untuk menentang rejim Israel.
“Saya dan allahyarham Sheikh (Ahmed Yassin) sama-sama
berjuang. Cuma sudah rezeki dan takdir Allah, almarhum lebih dahulu masuk ke
syurga Allah,” ujarnya.
Ini membuktikan Mohammed bukan calang-calang tokoh politik.
Beliau sungguh bertuah kerana mempunyai kenangan yang hidup dan berjuang
bersama-sama Sheikh Ahmed Yassin.
Dr. Mohammed berada di ibu negara sempena Festival Filem
Palestin Kuala Lumpur (KLPFF) 2012 selama tiga hari yang berakhir pada 6
Februari lalu.
Dr. Mohammed yang berasal dari Bandar Gaza, Palestin
ditemani dua lagi rakyat Gaza, iaitu Dr. Mahmoud Mohamad Alhirthani dan Dr.
Fayik An Naouk yang kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Al Aqsa,
Gaza.
Dr. Mahmoud juga adalah Naib Pengerusi Persatuan Islam
Jabalia Palestin bertindak sebagai penterjemah sepanjang mereka berada di
Malaysia.
Menurutnya, Allah sahaja yang tahu azabnya tekanan perasaan
yang mereka alami dalam hidup bagai di neraka dunia akibat 1,001 perbuatan
kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
“Tetapi semua tekanan dan air mata yang berlinang dengan
sendirinya akan terhapus apabila kita berada dekat dengan almarhum Sheikh.
“Duduk bersama beliau dan mendengar nasihat serta pujukan
beliau bagaikan seorang bapa yang memujuk anak-anaknya yang dalam kesedihan
itu,” katanya.
Begitulah pentingnya peranan seorang pemimpin, apatah lagi
seorang ulama, guru, seorang ayah seperti Sheikh Ahmed Yassin.
Sekalipun hanya berada dekat dengannya mampu membuatkan
orang di sekeliling rasa tenteram dan selamat.
Namun mengimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang muda
Hamas itu, Mohammed berkata, sekembalinya dari Mesir setelah tamat pengajian
dalam bidang farmasi, beliau terus menganggotai Gerakan Islam (Hamas).
“Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang pulang belajar
dari Mesir, England dan lain-lain negara di dunia setelah bergelar doktor
perubatan, pensyarah, peguam dan lain-lain jawatan terus menganggotai Hamas
dengan Sheikh Ahmed Yassin sebagai mentor kami.
“Tugas utama kami ketika itu mengumpul senjata sebanyak
mungkin bagi memperkuatkan lagi gerakan menentang Israel,” katanya.
Dilatih mengguna senjata
Walaupun serba kekurangan termasuk kesukaran mendapat
bekalan senjata api, ia tidak melemahkan semangat juang para anggota Hamas.
Berbekalkan senjata yang ada, mereka giat berlatih dan
mempelajari taktik-taktik peperangan melalui bekas anggota tentera Palestin
yang pernah menganggotai gerakan pembebasan Palestin sebelum ini.
Sehinggalah ketika berlakunya detik dan tarikh hitam yang
meragut nyawa pemimpin kesayangan, Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Mohammed tidak
berada di tempat kejadian.
Ketika itu, beliau berada di rumah. Berita itu diterima
dengan hati yang remuk dan kesedihan yang tidak boleh diungkap melalui
kata-kata.
Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana beliau sangat
akrab malah hubungan silaturrahim itu terjalin sebelum terbentuknya Hamas.
Sehinggakan Sheikh Ahmad Yassin ditahan dan dihukum penjara
selama 13 tahun oleh Israel, Dr. Mohammed adalah satu-satunya individu yang
mendapat kepercayaan sepasukan peguam untuk bertemu dan berbincang dengan
Sheikh Ahmad Yassin di penjara.
“Para peguam meminta saya memujuk Sheikh Ahmed Yassin supaya
bersetuju dengan usaha-usaha untuk membebaskan beliau daripada meringkuk dalam
penjara.
“Beliau sudah tua dan dalam keadaan yang sangat lemah dan
uzur. Maka adalah sangat zalim untuk orang yang dalam keadaan seperti ini
dipenjara lalu pihak peguam merancang menjadikan keuzuran Sheikh Ahmed Yassin
untuk layak menjalani rawatan dan berubat di luar negara.
“Mereka hendak memindahkan Sheikh ke mana-mana negara luar
agar beliau tidak perlu ditahan dan dipenjara,” katanya.
Lalu Dr. Mohammed menemui Sheikh Ahmed Yassin dipenjara yang
akhirnya menyaksikan beliau keluar dari penjara itu dengan muka yang kecewa dan
hampa.
“Sheikh menolak bulat-bulat cadangan pihak peguam itu.
Beliau enggan keluar dari penjara walau apa pun yang bakal terjadi dan saya
sememangnya gagal walaupun puas memujuknya.
“Saya katakan beliau masih boleh memimpin para pengikutnya
walaupun berada di luar negara sebagaimana kebanyakan para pemimpin dan pejuang
Palestin sebelum ini,” katanya.
Sheikh Ahmed Yassin dengan tegas memberitahu beliau tidak
akan sesekali meninggalkan Palestin, apatah lagi meninggalkan orang yang
dipimpinnya.
“Bukan namanya seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan
rakyatnya ketika dirinya sangat diperlukan dan walaupun dipenjara namun saya
tetap ingin berada bersama-sama dengan kamu semua di sini, di tanah air kita
ini!
“Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah
terpisah jasad dan nyawa,” katanya.
Demikianlah antara kata-kata yang tegas diungkapkan oleh
Sheikh Ahmed Yassin kepada Mohammed
p/s : niih aina amik kat dalam blog orang lain..sebab cerita niih mengundang air mata kowt~korang sedih tak baca??betapa halusnya hati pakwe aina niih~
![]() |
suka giler aina ngan gamba niih~ |
Ini lah dia pahlawan yang berbaris dengan pahlawan islam yang lain..SYEIKH AHMAD YASIN
![]() |
sayang sangat ngan pakwe aina niih~~ |
0 comments:
Post a Comment
komen korang ni macam vitamin aina..hukhuk
sila lah merajinkan jari korang tekan keyboard ekk?
ainaaa sayaaang lee korang niih kerna Allah~