Monday, 7 December 2015

Rezeki dari Allah

Rezeki aku bukan sesiapa punya tapi Allah pinjamkan pada aku untuk aku guna didunia ini dan bersyukur untuk akhirat nanti. Tapi syaitan tak pernah putus untuk hampakan harapan aku pada kekasih aku, Allah. Ada kalanya aku tewas, aku menanyakan "kenapa" kepadaNya, Ya Allah.. malunya aku pada Engkau, Engkau telah berikan pada aku apa yang aku memerlukan bukan apa yang aku mahu, tapi alangkah tidak bersyukurnya aku atas pemberianMu. Aku ingat lagi kata kata mutiara, "jika mensyukuri sesuatu nikmat kurniaanNya, cukuplah apa yang diberikan kerna Kau sudah penuhi segala apa yang diperlukan.." 
Ya Allah, aku tahu, kadang kadang aku berlari padaMu tatkala Engkau datangkan ujian padaKu, betapa hipokritnya aku padaMu ya Allah! tapi terdetik di hati aku, Engkau datangkan ujian pada aku, untuk aku palingkan diri aku, jiwa aku pada Engkau..Ya Allah~~tapi apa yang berikan padaMu, tiada apa Ya Allah! kosong!
Ya Allah, aku tahu, kadang kadang aku menanyakan soalan yang aku tak tahu bagaimana mulut aku berani menanyakannya, "kenapa aku tidak diberikan rezeki lebih dari orang lain? kenapa dan kenapa?" 
Ya Allah, aku ingin menjadi seorang yang sentiasa bersyukur atas segala apa yang Kau kurniakan, tidak kisahlah ia besar mahupun sekecil kecil perkara, jadikan aku seorang yang sentiasa berkongsi agar aku turut merasai apa yang mereka rasai. Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui apakah jalan akan terbentang dihadapan aku kelak.. tapi apa pun jalan yang akan dibentang, sentiasa lihat aku Ya Allah, jangan sesekali tinggalkan aku kerana aku 'mati' tanpaMu. 
Ya Allah, jika aku mengungkit lagi tentang rezekiMu, sedarkan aku tentang perjalanan kekasihMu, Muhammad dan para sahabah. Apalah yang nak dibandingkan dengan Nabi dan para sahabah yang lebih melalui jalan payah dari aku..percayakan aku pada jaminan rezekiMu, tiada sesiapa yang akan mengambilnya dariMu kerna sudah termaktub rezekiMu itu untukku... rezeki masing masing, rezeki anak dan ibu bapanya lain..Engkau sudah sediakan segalanya


Ya Allah maafkan aku, jika diberi pena untuk menulis dosa aku padaMu, nescaya tidak cukup untuk tampungnya tetapi rahmat dan kasihMu mengatasi segalanya, oleh itu, aku akan sentiasa memohon ampun, sentiasa bertaubat padaMu walaupun aku tahu, esok, lusa, tulat dan hari hari berikutnya aku akan tewas dimedan nafsu.. bagaimana aku nak tafsirkan betapa cintanya aku padaMu, melebihi segalanya, aku tidak sabar bertemu denganMu walau aku tahu amalan tidak cukup untuk bertemu denganMu, betapa rindunya aku padaMu, rindu serindu rindunya! sentiasa sedarkan aku Ya Allah, bahawa, aku hidup aku mati hanya untukMu


Ya Allah, jadikan aku hamba yang bertaqwa dan bertawakal padaMu.. jadikan aku taat pada segala perintahMu.. jadikan aku hamba yang penyayang pada makhlukMu yang lain.. sabarkan aku terhadap ujianMu.. syukurkan aku atas dugaanMu, menandakan tumpuanMu pada aku.. malukan aku terhadap maksiat.. jadikan aku sentiasa bergantung padaMu.. paling penting, maafkan aku Ya Allah!









Friday, 14 March 2014

the last three month




ye ye..aina dah lama tak singgah blog..bukan apa,da one that soo obvious is i'm very busy as UMT student and the other one is aina tak tahu nak tulis apa..kalau nak wat entry baru,buka je..zupp!..nyanyok menyerang  lagi..aina tak ingat nak tulis tentang apa..
kalau korang nak tahu sooooo many things happen in my life that i never experienced before,kalau aina list satu satu pun,rasa cam kene buat 100 entry or more than that baru puas nak cerita..one of da things is i involved in accidents,not da major accidents but da minor one..aina dengan kawan aina 3 orang terlibat..benda ni happen dalam bulan disember 2013 means tahun lepas lagi..yang banyak kene effect kawan aina..dia yang kena..tapi nak ikutkan bukan kitorang salah,korang pernah dengar orang saman pejalan kaki yang betul jalan atas zebra..tapi kalau da ikutkan kata hati memang ke arah batu nisan la kan~
     yang tu cerita lepas,sekarang aina dah semester 2 as food technology student..i took a new subjects such as accounting!aina memang tak jangka akan ambil akaun as one of my subjects..even my roomates said,''apa kaitan food tech dengan akaun?"hahaha!aina pun tak tahu le..tapi kan,seronok sangat time kita nak balancekan akaun..kalau dah balance,rasa cam nak jerit satu U,heheheh nampak tak tahap keterujaan terlampau dia?at least kan,aina tahu basic akaun daripada tak tahu langsung kan..buat akaun sampai tak dengar kawan aina panggil,nak kata khushuk nya tuh..and i also took arab language as da additional subject,mula nya tak de pun nak amik,but bahasa arab je yang tak clash dengan subject lain,kalau ada pun tak leh amik jugak sebab da full..tapi sangat seronok rupanya belajar bahasa syurga niih..akalta akalti akaltu ^^ kalau aina rajin,aina post entry pasal bahasa arab yang aina belajar,buleh belajar sama sama kan..
   yang seterusnya,bout da rental house..aina tak yakin yang aina buleh dapat asrama untuk sem 3,jadi aina da cari rumah sewa..tak tahu la rasa camane nanti..selalu dengar kakak senior je cerita,ni aina yang akan lalui.time yang aina tengah wat entry nih,trend dunia sekarang adalah MH370..kapal tebang MAS yang hilang,bukan terhempas tapi HILANG!hilang terus dari radar..kuasa Allah,Allah nak tunjuk yang kita ni da over buat dosa..Allah bagi ujian sikit supaya hambaNya kembali padaNya..kita ni pusing camne pun,lari kemana pun las las kembali kepada Allah juga..kita tak leh lari dariNya..aina teringat satu ayat nih..''selangkah kita mendekati Allah,sepuluh langkah Allah mendekati kita,seribu langkah kita mendekatiNya,Allah berlari kepada kita.."kenapa kita susah sangat nak bagi diri kita kat Allah?take note for myself..pernah tak kita terpikir,kenapa Allah bagi ujian sebegini kat kita?tepuk dada tanya hati..cakap pasal Allah,rindu plak aina kat Allah..rindu sesangat rindunya!


     actually,aina banyak lagi nak berhujah dalam nih,tapi takut lepas ni,tak de modal nak cakap apa..ha..tinggal lagi untuk setahun dua sampai berhabuk blog nih,ntah nah sapa lupa password!apa yang aina nak tulis,tunggu la yer..kalau aina cakap pun,tak seronok juga..ok?
    "Ya Allah,aku memohon padaMu,hapuskan dosa aku,ibu bapaku,guruku,sahabatku malah dosa umat islam,jangan Kau putuskan tali yang Kau simpulkan kepada kami..kami tahu,kami banyak alpa dari mengingatiMu..diri kami sentiasa menginginkan Mu,jangan biarkan kami menjadi diri kami kerna kami tahu kami akan banyak melupakanMu,jadikan kami sebagai hamba yang senantiasa mengingatiMu dalam setiap hembusan nafas,dalam setiap nadi jantung kami berdegup untukMu malah setiap saat kami hidup yang hanya untukMu Ya Allah..ikhlaskan hati kami dalam apa jua perkara Ya Allah,Engkau tahu apa yang baik untuk kami,dan jauhkanlah yang kurang baik dari kami..Engkau adalah sebaik baik perancang..kami hanya berusaha Engkau lah penentu segalanya..sayangilah kami Ya Allah..kami hidup untuk redhaMu dan kasih sayangMu..kami merayu,kami memohon rahmat dan kasih sayangMu kepada kami..kami rindu untuk bertemu denganMu Ya Allah,sangat rindu untuk itu..bantulah kami,bantulah kami dari semua aspek kehidupan kami agar apa apa yang kami buat semata mata untuk Mu Ya Allah,lindungilah kami dari musuh yang nyata,syaitan malah dari fitnah akhir zaman,fitnah dajjal,fitnah syiah dan lindungi kami dari seksa kubur dan api neraka..lindungi ibu bapa,guru guru,sahabat sahabat malah umat islam Ya Allah!hanya kepadaMu kami akan kembali..dan terima kasih padaMu atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami..kami tahu yang tidak cukup untuk kami ungkapkan kata syukur atas nikmatMu yang tidak putus putus,oleh itu jadikan kami seorang hamba yang bersyukura atas segalanya..terima kasih Ya Allah!"





Thursday, 7 November 2013

kita bukan sesiapa tanpaNya


Assalamualaikum korang..
pagi nihh,aina nak kongsi satu rasa yang aina rasa skang niih..pernah tak korang rasa diri korang nii kosong je macam tin yang tiada air kat dalam tuuh??

tak pela kalau tak rasa..tapi kan bila kita rasa diri kita ni kosong,abah aina pesan cuba penuhkan diri kita niih dengan zikir,baca alquran..In Sha Allah..Allah penuhkan dengan ketenangan yang kita tak pernah capai sebelum niih..

tapi ni bukan benda yang aina nak sampaikan kat blog niih,apa yang aina nak sampaikan ialah jangan mudah melatah kalau Allah bagi cabaran untuk kita menjadi kuat..
aina tak kata yang aina sendiri kuat,aina pun kadang kala tewas di medan hasutan syaitan..dia suruh kita pikir kenapa Allah bagi dugaan macam niih kat kita??

tapi aina yakin korang tahu kenapa Allah bagi dugaan kat kita kan??dalam Al Quran pun Allah ada bagi tahu kat kita yang Allah tak bagi sesuatu dugaan tuuh melebihi kemampuan kita..Allah tahu yang kita buleh lepasi dugaan Allah yang satu niih..

Aina ada satu citer la kat korang...
ada seorang sahabat niih dia selalu diserang histeria sampai roomates dia pun gi bawak DENGAN SENDIRINYA jumpa nenek entah cerut mana sahabat nih..bukan lagi baik tapi semakin parah,las las sahabat niih sendiri gi jumpa seorang ustaz..ustaz nih suruhlah amalkan bacaan Al Quran ALWAYS dalam bilik..korang nak tahu roomates dia tak bagi sahabta nih baca ayatayat tuuh sedangkan semua agama islam..nak pendekkan citer sahabat niih dihalau keluar daripada bilik,roomates dia tak bagi masuk bilik,kunci sahabat niih pun dirampas..so sahabat ni menumpa kat bilik bilik kawan dia yang baik hati,kadabg kadang tidur kat surau..

apa yang aina nak sampaikan,sahabat ni tak minta pun dijadi macam tu,tapi Allah bagi jugak sebab Allah tahu yang sahabat ni mampu tanganinya..kita tak tahu kemampuan diri kita,Allah yang lebih tahu segalanya tentang kita..jadi serahkan segala jiwa raga kita hanya untukNya..

aina sendiri tak tahu yang aina ni kuat untuk apa..aina sensitif,aina kadang kadang cepat marah..tapi yalah,Allah bagi solution untuk kita,kalau marah ceoat ceoat amik wudhu' sebab kita pun tahu yang marah datang daripada syaitan,syaitan daripada api so api dipadamkan dengan air..

kalau pasal rezeki plak,kita tanya Allah kenapa Allah tak bagi kita kaya sama level ngan kawan kita..sebab Allah tahu kalau Allah bagi kita kemewahan yang tiada penghujungnya kita lupa siapa pencipta kita,kita lalai dalam menunaikan hak kita yang satu niih,Allah tak nak tali kita yang disambung dengan tali Allah terputus..Allah bagi sikit dugaan sebab Allah rindu nak dengar kita punya rintihan,tangisan dalam meminta sesuatu kepada Allah..just fikir kalau kita susah ada lagi yang susah daripada kita..

Aina bukanlah sesiapa dalam memberi segala nasihat kat atas niih,tapi ini satu perkongsian untuk korang dan diri aina jugak..kita semua tak sempurna,sekarang kita ingat Allah..esok lusa kita tak tahu..Nauzubillah..


kita ni sebagai manusia kerdiiiillll sangat kat dunia yang Allah bagi pinjam niih..ada satu info yang aina dengar daripada ustaz Azhar,ustaz cakap yang sebenarnya Allah cipta bumi niih untuk Rasulullah,kita kita semua ni hanya menumpang je..Allah cipta untuk Nabi kita,untuk baginda melihat keindahan yang Allah cipta..Nabi sendiri dah dijamin masuk syurga pun sentiasa munajat kat Allah selalu bangun malam memohon keampunan daripada Allah,kita yang tak tahu masuk syurga lagi over daripada Nabi..siapalah kita dalam menolak Allah..kita bukan sesiapa tanpaNya..

rasa rindu kat Allah tak dapat dibendung lagi..nak bertemu dengan Nya secepat mungkin tapi takut sebab amalan kita tak cukup menampung untuk bertemu denganNya..

Tuesday, 29 October 2013

Syeikh Ahmad Yasin
Assalamualaikum~

firstly,aina nak tanya kenal tak siapa yang hensem sangat niih? pandangan yang redup, muka yang kita mesti nak tertoleh toleh, hidung yang mancung..ni lah ayah aina yang no II..hihi..enggakla,bukan ayah aina je tapi ayah kepada palestina..pejuang yang amat terkenal dengan kentalan semangatnya, ketabahan dalam hidupnya dan 1001 lagi passion ngan desire yang kita pun tak leh nak comparekan..

Aina tak nak kenalkan secara detail pakwe aina niih..tapi aina lebih suka menceritakan tentang sifat ngan semangatnya yang cekal dalam memenangkan islam. Syeikh Yasin niih,pengasan kumpulan a.k.a ketua pejuang hamas dalam membebaskan palestina dari cengkaman rejim zionis!

Pakwe aina niih lumpuh satu badan, buta ngan pendengaran yang sudah tiada atas sebab sebab semasa beliau di zaman kanak kanak. Buta ngan pendengaran tuuh semasa pakwe aina nih dalam tahanan penjara..di siksa sampai begitu sekali!!

cuba korang hayati kisah niih...

"senyumanmu dan gelak tawamu amat menenagkan jiwaku yang gundah.."

Hanya 40 hari selepas kematian Sheikh Ahmed Yassin seorang lagi pemimpin pejuang Hamas, Dr. Abdul Aziz Rantisi (kiri) mengikuti jejak mati syahid dibedil roket rejim Yahudi seperti Sheikh Ahmed Yassin.


Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.

Moga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Sheikh Ahmad Yassin syahid pada 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin.

Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.

Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.

Tindakan Israel itu memang cukup kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh dan lemah. Pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran. Namun, pada Israel beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim zionis itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

Mengenang kembali peristiwa pembunuhan terkutuk itu, pasti ada yang mengalir air mata. Bagaimanapun, siapakah yang lebih mengalirkan air matanya setiap kali nama tokoh pejuang suci Islam ini disebut-sebut?

Sudah tentu mereka yang menyimpan kenangan sama-sama berjuang dengan Sheikh Ahmed Yassin.

Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) – bertindak sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza – Dr. Mohammed Shihab, 55.

Ketika ditemui Mega dalam kunjungannya ke Malaysia, baru-baru ini, Kelihatan wajah yang sayu apabila Mohammed diajukan mengenai hubungan dengan Sheikh Ahmed Yassin – pemimpin yang pengaruhnya sangat kuat terhadap seluruh umat Islam sehingga kini.

Dr. Mohammed adalah antara yang paling awal direkrut dalam satu gerakan jihad pertama, iaitu Hamas yang ditubuhkan oleh Sheikh Ahmed Yassin di Palestin untuk menentang rejim Israel.

“Saya dan allahyarham Sheikh (Ahmed Yassin) sama-sama berjuang. Cuma sudah rezeki dan takdir Allah, almarhum lebih dahulu masuk ke syurga Allah,” ujarnya.

Ini membuktikan Mohammed bukan calang-calang tokoh politik. Beliau sungguh bertuah kerana mempunyai kenangan yang hidup dan berjuang bersama-sama Sheikh Ahmed Yassin.

Dr. Mohammed berada di ibu negara sempena Festival Filem Palestin Kuala Lumpur (KLPFF) 2012 selama tiga hari yang berakhir pada 6 Februari lalu.

Dr. Mohammed yang berasal dari Bandar Gaza, Palestin ditemani dua lagi rakyat Gaza, iaitu Dr. Mahmoud Mohamad Alhirthani dan Dr. Fayik An Naouk yang kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Al Aqsa, Gaza.

Dr. Mahmoud juga adalah Naib Pengerusi Persatuan Islam Jabalia Palestin bertindak sebagai penterjemah sepanjang mereka berada di Malaysia.

Menurutnya, Allah sahaja yang tahu azabnya tekanan perasaan yang mereka alami dalam hidup bagai di neraka dunia akibat 1,001 perbuatan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Tetapi semua tekanan dan air mata yang berlinang dengan sendirinya akan terhapus apabila kita berada dekat dengan almarhum Sheikh.

“Duduk bersama beliau dan mendengar nasihat serta pujukan beliau bagaikan seorang bapa yang memujuk anak-anaknya yang dalam kesedihan itu,” katanya.

Begitulah pentingnya peranan seorang pemimpin, apatah lagi seorang ulama, guru, seorang ayah seperti Sheikh Ahmed Yassin.

Sekalipun hanya berada dekat dengannya mampu membuatkan orang di sekeliling rasa tenteram dan selamat.

Namun mengimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang muda Hamas itu, Mohammed berkata, sekembalinya dari Mesir setelah tamat pengajian dalam bidang farmasi, beliau terus menganggotai Gerakan Islam (Hamas).

“Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang pulang belajar dari Mesir, England dan lain-lain negara di dunia setelah bergelar doktor perubatan, pensyarah, peguam dan lain-lain jawatan terus menganggotai Hamas dengan Sheikh Ahmed Yassin sebagai mentor kami.

“Tugas utama kami ketika itu mengumpul senjata sebanyak mungkin bagi memperkuatkan lagi gerakan menentang Israel,” katanya.

Dilatih mengguna senjata

Walaupun serba kekurangan termasuk kesukaran mendapat bekalan senjata api, ia tidak melemahkan semangat juang para anggota Hamas.

Berbekalkan senjata yang ada, mereka giat berlatih dan mempelajari taktik-taktik peperangan melalui bekas anggota tentera Palestin yang pernah menganggotai gerakan pembebasan Palestin sebelum ini.

Sehinggalah ketika berlakunya detik dan tarikh hitam yang meragut nyawa pemimpin kesayangan, Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Mohammed tidak berada di tempat kejadian.

Ketika itu, beliau berada di rumah. Berita itu diterima dengan hati yang remuk dan kesedihan yang tidak boleh diungkap melalui kata-kata.

Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana beliau sangat akrab malah hubungan silaturrahim itu terjalin sebelum terbentuknya Hamas.

Sehinggakan Sheikh Ahmad Yassin ditahan dan dihukum penjara selama 13 tahun oleh Israel, Dr. Mohammed adalah satu-satunya individu yang mendapat kepercayaan sepasukan peguam untuk bertemu dan berbincang dengan Sheikh Ahmad Yassin di penjara.

“Para peguam meminta saya memujuk Sheikh Ahmed Yassin supaya bersetuju dengan usaha-usaha untuk membebaskan beliau daripada meringkuk dalam penjara.

“Beliau sudah tua dan dalam keadaan yang sangat lemah dan uzur. Maka adalah sangat zalim untuk orang yang dalam keadaan seperti ini dipenjara lalu pihak peguam merancang menjadikan keuzuran Sheikh Ahmed Yassin untuk layak menjalani rawatan dan berubat di luar negara.

“Mereka hendak memindahkan Sheikh ke mana-mana negara luar agar beliau tidak perlu ditahan dan dipenjara,” katanya.

Lalu Dr. Mohammed menemui Sheikh Ahmed Yassin dipenjara yang akhirnya menyaksikan beliau keluar dari penjara itu dengan muka yang kecewa dan hampa.

“Sheikh menolak bulat-bulat cadangan pihak peguam itu. Beliau enggan keluar dari penjara walau apa pun yang bakal terjadi dan saya sememangnya gagal walaupun puas memujuknya.

“Saya katakan beliau masih boleh memimpin para pengikutnya walaupun berada di luar negara sebagaimana kebanyakan para pemimpin dan pejuang Palestin sebelum ini,” katanya.

Sheikh Ahmed Yassin dengan tegas memberitahu beliau tidak akan sesekali meninggalkan Palestin, apatah lagi meninggalkan orang yang dipimpinnya.

“Bukan namanya seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan rakyatnya ketika dirinya sangat diperlukan dan walaupun dipenjara namun saya tetap ingin berada bersama-sama dengan kamu semua di sini, di tanah air kita ini!

“Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah terpisah jasad dan nyawa,” katanya.

Demikianlah antara kata-kata yang tegas diungkapkan oleh Sheikh Ahmed Yassin kepada Mohammed

p/s : niih aina amik kat dalam blog orang lain..sebab cerita niih mengundang air mata kowt~korang sedih tak baca??betapa halusnya hati pakwe aina niih~

suka giler aina ngan gamba niih~





niih pesanan Syeikh Yasin untuk kita yang muslimah..


Ini lah dia pahlawan yang berbaris dengan pahlawan islam yang lain..SYEIKH AHMAD YASIN


sayang sangat ngan pakwe aina niih~~



Monday, 28 October 2013

Thursday, 19 September 2013



Assalamualaikum sahabat sahabat yang aina sayyangg gilerr!wuuhhuhu dia dah sampai perangai over gedik dia..

seriously~da lama aku tak buka blog niih..akhir yang aku buka time kat matrik dulu..perghh~meemang dah lama aku tak turun padang kowt,ada sampai satu tahap ni,aku lupa yang aku ada blog..nak dok jelous kat blog orang,tapi blog sendiri berhabuk!!

korang ganer??ada pertambahan kg tak??aku tak yah ckap le kan..ni pun gambar aku kat matrik dulu..skang aku kat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU..sebagai seorang mahasiswa..eceh~tapi yang peliknya tak terasa pun yang aku  ni pelajar U..apa apa pun,just wish me luck ok??

okok..change da topic..selama aku tak turun 'daulat' niih,banyak benda da berlaku kat diri aku sndiri,yang paling obvious..korang sendiri nampak kat gambar atas niih..tudung aku bertambah cm kan??aku kembali ke asal..yup,aku pernah bertudung labuh selama 5 tahun..tapi korang tahu je la..kalau hati tak ikhlas,benda tuuh tak kekal..jadi aku pakai tudung sikit cm masa kat matrik..tapi tak lama,masuk semester II,aku mula berubah balik.tapi bukan atas sesapa tapi Allah da seru hati aku untuk itu..apa sebabnya aku mula berubah,biarlah Allah ngan aku jer yang tahu..seriously aku rasa tenang kat hati tuuh setenang tenangnya berbanding masa aku pakai selama 5 tahun tuuh..


"Ya Allah,jangan jadikan aku sebagai aku,tapi jadikanlah aku sebagai hambaMu yang sentiasa merinduiMu"

done for myself..skang kita lompat pasal aku yang sebagai mahasiswa yang nak separuh succuess nih..Insya Allah!aku ambil course FOOD TECHNOLOGY..course yang selama niih aku tak pernah nak tahu kewujudannya..first aku terkejut gak dapat UMT,sebab niih pilihan ke-5 aku..tapi Allah da sediakan jalan nih kat aku,jadi aku redha dan terima seikhlas yang mungkin untuk ini..mungkin Allah tak bagi apa yang aku nak sebab Allah tahu apa yang bakal akan terjadi kalau aku ambil tu..actually,sangat menyeronokkan belajar makanan niih,siap ada lab untuk masak agi tau..dont judge a book by its cover ek??wat masa sekarang niih,Alhamdulillah tak dop gape prob..kengkawan semua okk..tapi yang special kat sini,bilik kat sini dishare 4 org..kenapa aku kata ia special??sebab,U lain,semua 2 orang..jadi kitorang lagi meriah au!!suara roomates aku sampai kat tandas dengar(tandas mengambil selama 3 minit ok nak gi)..jadi Allah da bagi aku hadiah roomates yang cool ngan classmates yang memahami..Insya Allah!
"Ya Allah,jadikan kami sebagai hamba yang sentiasa merendah hati dan mengingatiMu setiap masa.."

Korang nak kenal tak my lovely roomates??first day kitorang kat sini agi,kepala kitorang dah disatukan dengan perangai sewel+senget=mak cik2 gila!..aku kenalkan kat korang ek??

"Ya Allah,jadikan kami seorang sahabat yang sentiasa membantu sahabat yang lain."

Dari kiri,aku la kan..Tyrah,budak ganu niih..tapi seriously tak nampak macam dok ganu,aku mati mati ingat dia niih mari KL la sama ngan aku,tup tup dok ganu,aku punya accent plak cam orang dok ganu 10 tahun!aku panggil sesenyap k.Teh sebab dia nih putih putih melati~wuhuhu tak le..putih giler..pastu,tudung merah tuuh..Yana budak mari Kedah niih..budak yang suka menadah telinga tatkala satu bilik mahu berdiskusi..actually,kengkadang Yana nih mengingati aku kat sahabat baik aku time kat sekolah menegah dulu..tapi perangai lain le..yana pemalu sikit yang katsekolah tuuh muka x malu,,hihihi..ok yang kanan sekali Iza,da best cooker among us! sebab dia duduk ngan opah,jadi perangai Iza niih lebih kepada ibu..although bufday kitorang sama(satu roomates bufday sama ok??!),Iza lagi matured daripada aku..aku ni tak naik lagi ke matured aku niih!

ok..kita move on kat classmates aku ek??

dalam program aku ada 75 orang sahaja..paling sikit antara semua program au!tapi aku tak rapat agi ngan semua orang dalam program tuuh,aku just rapat ngan beberapa sahaja..nanti aku show off face sahabat sahabat aku tuuh ek~

"Ya Allah,jangan Kau jauhkan hati aku daripadaMu..izinkan aku mencintaiMu cintaku.."

skang aku boleh on9 sndiri kat bilik..dan insya Allah aku akan banyakkan 'daulat'kan diri untuk wat entry baru ok??so longgg sahabat sahabat sekalian..moga kau dirahmati Allah yang Agung! 
wassalam.










Thursday, 22 November 2012

all bout frenzz~



   wohohoh~aku kluar nii...teka sape yang comel sweet pakai shawl tuuh?? haha..tu la truly bff aku,Wan Zalikha bt Wan Zin! dia punya la rinduu nak jumpa aku selepas 2 bulan tak bertemu atas alasan,aku ngan dia sama sama sibuk..kitorang makan benda budget saving jer..RM 6 include tax..miss her!!



   hari ke-2 aku hangout ngan bff aku!spek tuuh~aku bru lpas watch movie...TED..title movie tuuh..actually,panorama dalam toilet niih..ika ngan sekerasnya suh take a pic while aku ngah busy belek muka kat mirror ajaib..ok for the sake of my bff~ika cakap muka cam ibu je..what do u think??is it same??


 

   kita layan citer 2011 jap..ni another bff aku yang skang ni kat matrikulasi johor..kalau nak tahu aku bekas pelajar SMK(P) Taman Petaling a.k.a Jungle School sebab belakang school aku bebetul hutan..so kalau nampak kera tu it just a normal thing~time niih memang sesi d'mana sumer classmate aku berlumba nak jadi model tak berbayar...huhu...tired+panas..aku took a break bawah pohon niih,so nisa ni ambil kesempatan le..but it nice pic right??

 
   okk..ni zaman 2009,time f3! muka memang nampak pure sebab aku skolah agama..Sekolah Menengah Islam Puchong a.k.a SMIP..sincere aku cakap yang zaman 2009 adalah Best of The Best!kengkawannya,ustaz ustazahnya,kakak senior..memang susah nak cari ganti le..time niih ada event kat masjid..ada budak junior skali..nampak innocent jer muka tapi perangai da;am asrama pergh!..the best larh~
i'm trulyyyyy miss them!!!



   hrmm..tada! this is 2012 year!aku ngan roomate matrik..aku diterima masuk ke Matrikulasi Melaka pada hujung bulan 5..dari kiri Azilah a.k.a cool beb~,Laila a.k.a senyum senyum girl (big fan of Seungri Big Bang),Fatimah a.k.a english speaker(english ko memang daebak lar~) and aku!!mulut aku paling bingit dalam bilik!..panorama belakang ni waktu merentas desa version Matrik ^^happy giler time niih!aku sayang sangat ngan korang!



  firstly,sorry pose macam dalam jamban..ni geng wingmate aku..diba,zila,dila,jiha,aku and syaza..panas gileer wo~penuh ngan vitamin D kot muka kitorang time niih!geng forever ek??love kat demo la!



   another wingmate aku..baru lepas makan petang sebenarnya niih...farah ngan putri (yang tutup mata tuuh)..putri ni memang lawak+gila gila orangnya..btw aku sayang sangat korang,thanks 4 that night..


                            thats all ok??salam sayang ekk~bubbly ~~